"Boss, Minat Tak Jana Income Dengan Biz Vending Machine?"

SOALAN LAZIM

Berapakah Harga Mesin Vending? 
Vendma Tech menyediakan jenis mesin vending dan perkhidmatan. Terdapat beberapa jenis mesin vending atau layan diri yang anda boleh beli. Harga berbeza bergantung kepada jenis mesin. Harganya dalam lingkunan RM12,000.00 ke RM26,000.00 seunit.
Apakah jenis mesin layan diri yang ada?

Setiap mesin berbeza-beza dari mesin minuman ke mesin layan diri untuk snek/makanan


Bagaimanakah rupa mesin layan diri ini? 

Vendma Tech menawarkan mesin layan diri yang datang dengan pelbagai saiz yang sesuai untuk kebanyakan lokasi. Setiap mesin layan diri ini kelihatan menarik, baru dan model terkini.

Sila Lihat Produk di Sini



Apakah saiz mesin layan diri yang ada?

Kebanyakan mesin layan diri berukuran 1,839mm(Tinggi) X 1,159mm(Lebar) X 629mm (Dalam). Walaubagaimanapun, jika mesin layan diri itu harus diletakkan di suatu ruangan di dalam maka lebih baik sediakan ruangan 1940 mm(Tinggi) X 1,040 mm(Lebar) X 790 mm (Dalam). Ukuran ini mempertimbangkan ruangan yang diperlukan untuk bukaan pintu dan juga memberikan ruangan yang cukup untuk bahagian belakang mesin untuk wayar dan perlunya pergerakan angin untuk kompresor mesin layan diri anda.


Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memasang mesin layan diri dan bagaimanakah prosesnya? 

Perlu 20-45 hari bekerja termasuklah penghantaran dan pengangkutan dan pemasangan. Proses yang dilakukan oleh pihak Vendma Tech adalah sangat mudah dan ringkas.


Di mana lokasi yang sesuai untuk memasang atau meletakkan mesin layan diri anda? 

Lokasi secara sepesifiknya mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis bisnes yang anda miliki, tetapi tujuannya tetap sama: Letakkan mesin layan diri anda di lokasi yang akan berada di laluan pejalan kaki yang paling ramai dan di kawasan yang anda yakin akan menguntungkan anda. Staff kami yang professional akan membantu anda menentukan lokasi terbaik dan berapa banyakkan mesin layan diri yang anda harus pasang.


Berapakah harga produk yang dimasukkan ke dalam mesin layan diri? 

Kos produk yang dimasukkan ke dalam mesin layan diri berbeza-beza bergantung kepada lokasi geografi anda. Namun demikian, peletakan harga untuk minuman dan snek/makanan adalahterpulang kepada pemilik mesin layan diri atau vending machine.


Apakah maksud perkhidmatan penuh? 

Kami ingin menjadi syarikat yang memberikan perkhidmatan pelanggan terbaik dalam industri perniagaan vending ini. Kami memberikan perkhidmatan penuh untuk setiap mesin vending yang dibeli dari pihak kami. Ini bermaksud bahawa pihak syarikat kami akan membantu menguruskan setiap aspek yang dapat difikirkan mengenai program vending anda.Ini bermaksud kami akan mengaturkan segalanya.  Vendma Tech faham bahawa masa anda sangatlah penting. Biar kami yang membantu anda.


Bagaimana jika mesin layan diri saya menjadi mangsa vandalisme? 

Perbuatan vandalisme mesin layan diri boleh terjadi dan biasanya ianya adalah satu situasi yang bersifat sementara. Oleh itu, pemilihan lokasi yang terbaik boleh membantu mengelakkan perbuatan vandalisme. Untuk mengelakkan vandalisme, pemilik mesin layan diri boleh meletakkan mesin layan diri mereka di dalam bangunan kedai mereka yang mana mengurangkan kebarangkalian mesin itu dirosakkan kerana ianya berada di dalam kedai. Namun demikian, sekiranya mesin anda dirosakkan oleh kegiatan vandalisme pihak syarikat kami tidak akan bertanggungjawab keatas setiap kerosakan mesin atau kehilangan wang. Untuk melindungi mesin layan diri anda, anda boleh membeli insuran perlindungan mesin layan diri anda dari syarikat insuran.


Bagaimana jika saya perlu memindahkan mesin layan diri saya? 

Dalam beberapa kes, mesin layan diri mungkin perlu dipindahkan untuk proses pengubahsuaian bangunan. Syarikat kami juga mempunyai perkhidmatan memindahkan mesin layan diri anda. Apapun juga keadaannya, kami minta agar anda memberitahu pihak syarikat kami jika anda ingin memindahkan mesin layan diri anda secepat mungkin. Sila hubungi kami 20 hari lebih awal sebelum tarikh anda memindahkan mesin layan diri agar syarikat kami dapat membuat persediaan yang sewajarnya.


 

Berapa kerapkah mesin layan diri harus diisi dengan produk? 

Mesin layan diri harus sentiasa mempunyai produk untuk dijual. Setiap kali mesin layan diri anda rosak, anda sebenarnya kehilangan duit. Banyak syarikat mesin vending yang tidak mempunyai jadual yang tetap dan mencukupi untuk memantau dan mengisi kembali produk ke dalam mesin layan diri. Ini menyebabkan mesin layan diri tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya sepanjang tahun. Jika mesin layan diri tidak diletakkan dalam jadual pengisian semula yang betul dan kerap, potensi keuntungan tahunan juga akan hilang.


Adakah mesin layan diri memakai arus elektrik yang berlebihan? 

Pengunaan kuasa elektrik oleh mesin layan diri secara puratanya adalah 75kW yang bermaksud setiap bulan kosnya cuma lebih kurang RM39 ke RM45.


Bagaimanakah anda akan menangani isu pembaikan dan penambahan produk?

Terdapat pelbagai hal yang tidak diingini yang mungkin boleh terjadi dengan mesin layan diri. Vendma Tech sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan apapun juga situasi. Syarikat kami mempunyai staff yang pakar dalam hal mesin layan diri yang siap dipanggil untuk membantu anda dan memastikan mesin layan diri anda sentiasa berfungi dengan baik. Kami juga mengambil langkah pencegahan awal untuk memastikan mesin layan diri anda berfungsi dengan baik sepanjang tahun. Setiap kali mesin layan diri rosak atau kosong, kita akan kerugian dari segi wang. Itu sebabnya kenapa ianya adalah sangat penting untuk syarikat kami memiliki bahagian teknikal dan penyelengaraan yang diuruskan dengan baik, teliti dan sanggup memberikan perkhidmatan susulan untuk menyelesaikan setiap masalah yang mungkin akan timbul.

Sila hubungi kami jika anda mengalami masalah dengan mesin layan diri anda. Kami boleh dihubungi secara 24/7. Kita boleh membantu anda menyelesaikan isu anda dalam masa 2-3 hari bekerja dan kami akan melakukan tindakan susulan dengan anda bagi memastikan pesanan perkhidmatan anda mendapat penyelesaian yang anda mahukan.


Bagaimana jika saya mempunyai soalan yang tiada dalam senarai soalan lazim ini? 

Jika anda memerlukan lebih maklumat, sila hubungi kami di +60 17 866 6772 atau isikan borang untuk Hubungi Kami

VENDMA TECH

Lot B9, Block B, Ground Floor, Lrg Cyber Square, Jalan Lintas Kepayan, 88200, Kota Kinabalu, Sabah

Emel: vendma.info@gmail.com

Tel:  +60 17-866 6757  | +60 17 866 6772

 
 

"Boss, Ingin Miliki MESIN NIAGA Yang Menguntungkan Anda, 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu? "

Copyright 2018- All Right Reserved www.vendma.com.my| Terms & Condition | Privacy Policy

Disclaimer: Sales figures and campaign results listed above or in my marketing material are not typical and are the result of years of training, experimenting and learning from mistakes. These figures and results are used specifically as examples. Your results will vary depending on a wide variety of variables and factors.

Share This

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.