Hello, Selamat sejahtera.

Kami di Vendma Tech inginkan anda berjaya bersama dengan kami dalam perniagaan Vending Machine ini. Tapi sebelum anda mengambil langkah masuk, kami ingin berkongsi informasi berguna untuk anda.

Syarikat kami, Vendma Tech adalah PEMBEKAL VENDING MACHINE yang merangkumi kawasan di Sabahm Sawarak, Labuan dan Brunei.

Anda boleh menghubungi kami melalui laman web kami www.Vendma.Com.My
Atau wasap atau Call 0178666772

Video ini adalah sedikit penerangan tentang analisa SWOT bagi anda yang berminat nak menjalankan perniagaan Vending Machine.

APA ITU PERNIAGAAN VENDING MACHINE?

Vending machine merupakan suatu alat atau mesin yang menjual barangan atau perkhidmatan yang fungsi secara automatik. Vending Machine tidak memerlukan tenaga manusia atau pekerja untuk melakukan urusan menjual beli sesuatu barangan mahupun perkhidmatan yang disediakan.

Tidak seperti urusan jual beli biasa, mesin ini akan mengeluarkan barang yang kita inginkan setelah kita membuat pembayaran dengan cara memasukkan sejumlah coin,syiling mahupun wang kertas ke dalam mesin tersebut.

APA ITU swot analysis?

SWOT Analysis merupakan TEKNIK yang digunakan untuk memahami KEKUATAN dan KELEBIHAN bisnes anda. Ia juga digunakan untuk kenal pasti PELUANG dan ANCAMAN yang bisnes anda bakal hadapi.

Dalam VIDEO kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan teknik SWOT Analysis dalam bisnes Vending machine anda. Ia sangat penting untuk anda membuat ANALISA mengenai bisnes anda dan pesaing anda.

Apa Itu SWOT?

SWOT ini adalah gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna seperti berikut:
Kebiasaannya, strengths dan weaknesses ini merupakan FAKTOR DALAMAN kepada bisnes yang kita boleh kawal. Opportunities dan threats pula adalah FAKTOR LUARAN yang kita tidak boleh mengawalnya.

Untuk lebih jelas lagi, ianya begini:

Strengths: faktor dalaman yang positif untuk satu organisasi itu, atau satu situasi, yang berada di dalam kawalan anda.
Weaknessess: juga merupakan faktor dalaman yang berada di bawah kawalan anda, yang sekaligus menghalang kemampuan anda untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Opportunities: faktor luaran yang perlu ditambahbaik oleh organisasi tersebut.
Threats: faktor luaran yang bukan dibawah kawalan anda, yang boleh mmebuatkan projek atau organisasi anda berada dalam risiko yang tinggi.

Video ini adalah sedikit penerangan tentang analisa SWOT bagi anda yang berminat nak menjalankan perniagaan Vending Machine.

STRENGTH – KEKUATAN

✪ Bisnes yang anda boleh mula dengan modal permulaan yang sederhana dan kurang risiko.
✪ Anda tak perlu gaji pekerja & tak perlu layan karenah pekerja.
✪ Mesin anda beroperasi 24 Jam 7 hari seminggu 365 hari setahun
✪ Bisnes yang mudah urus, selenggara & mudah dapat duit
✪ Bisnes yang tak perlu banyak masa anda.
✪ Boleh diletakkan di mana sahaja.
✪ Perlukan ruang kecil yang tidak mengganggu atau menghalang jalan
✪ Memberi perkhidmatan penjualan minuman dan snek waktu kedai lain tutup di waktu malam

WEAKNESS – KELEMAHAN

✪ Mesin boleh dan akan ROSAK
✪ Tidak ada KHIDMAT LAYANAN PELANGGAN
✪ Komisyen dan/atau sewa yang mahal dikenakan ke atas lokasi tapak Vending Machine
✪ Service LEPAS JUALAN yang TERUK dari Pembekal
✪ Gelagat pelanggan – duit kertas pun dilipat2 untuk dimasukkan dlm coin slot mesin
✪ Manual mesin yg tidak MESRA pengguna – Manual mesin refurbish dlm bahasa jepun
✪ Kadar penggunaan elektrik yang agak tinggi.
✪ Perlukan TENAGA untuk mengangkat stok minuman untuk isian semula Vending Machine.
✪ Kos Maintenance yang agak tinggi

OPPORTUNITY – PELUANG

✪ Anda dengan Senang MENAMBAH VENDING MACHINE di pelbagai lokasi.
✪ Anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen kepada syarikat Vendma Tech.
✪ Menjadi PEMULA kepada Industri Vending Machine di Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan.

THREAT – ANCAMAN

✪ Persaingan dengan syarikat-syarikat besar – anda jual 1 tin RM 1.50
✪ Harga stok yg tidak tetap – nak beli stok kat mana yg murah sekarang
✪ Citarasa pengguna yg berubah2 – kita tak boleh customer terus minum coke selama2nya
✪ Kos tambahan seperti CCTV, Pembaikan Mesin sekiranya terjadi kerosakan akibat vandalisme
✪ Terdapat KES PENIPUAN (Pengodaman Sistem Mesin Layan Diri untuk mengeluarkan produk)
✪ Vandalisme oleh individu atau ‘Pesaing’

.